Tentang

Intro
Menyedari ramai antara kita yang berminat terhadap ilmu dan majlis ilmu tetapi tidak menjumpai avenu yang sesuai, Program Bicara Minda dan Hati (selepas ini dirujuk sebagai Minda dan Hati) ditawarkan sebagai satu cubaan yang santai dan relaks bagi mengisi vakum yang ada.

Sebagai satu strategi serampang dua mata, Minda dan Hati diharap dapat menjadi wadah berkumpulnya kita dan kawan-kawan kita untuk berkongsi perkara yang molek-molek dan indah-indah. Boleh saja menjadi medan pertemuan (kerana pertembungan selalunya membawa konotasi negatif) manusia-manusia berlainan fahaman, berlainan ideologi, berlainan gaya dan berlainan hobi, misalnya untuk bersuai kenal dan memupuk persahabatan. Harapnya jurang-jurang yang ada dapat dikecilkan.

Perjalanan Program
Minda dan Hati akan berjalan sebagai sebuah program ala-ala Speakers’ Corner di mana kita berdiskusi dan berkongsi ilmu untuk menambah baik diri sendiri. Penyampai akan berdiri di depan menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan. Perbahasan dan perbincangan amatlah dialu-alukan.

Sebarang maklum balas, cadangan topik diskusi, atau jika ingin menawarkan diri sebagai penyampai, sila emelkan kepada mindadanhati[at]gmail[dot]com.

Minda dan Hati Online
Bagi melebarkan pakej francais projek Minda dan Hati ini, sebarang bentuk perbincangan dan perbahasan akan dipindahkan ke dalam bentuk tulisan dan diterbitkan di sini. Boleh juga disifatkan sebagai satu medan pertemuan virtual untuk kita-kita bukan saja di Adelaide ini, tapi di mana jua internet boleh dicapai.

Minda dan Hati ialah satu program berkala anjuran Komiti Bicara Minda dan Hati dengan kerjasama Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA) South Australia dan Kelab UMNO South Australia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: