Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Adelaide

14 04 2008

Pihak MASCA SA bahagian Bicara Minda dan Hati, Kelab UMNO SA beserta MISSA telah bekerjasama dalam menganjurkan program sambutan Maulidur Rasul dengan tema Moga Cintaku Berputik.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program, saudara Muhammad Shah yang menyatakan penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang berusaha dalam menjayakan program. Program diteruskan dengan persembahan multimedia bertajuk Kisah Hidup Khalid yang mengisahkan bagaimana seorang mahasiswa membuat perubahan diri setelah menghayati sirah Rasulullah saw.

Majlis diteruskan dengan ceramah, Moga Cintaku Berputik, yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Melbourne, Ustaz Nushi Mahfodz. Beliau memulakan ceramahnya dengan memetik surah Ali Imran: 63 yang menceritakan tentang perpaduan adalah kurniaan Allah. Ceramah beliau dikembangkan lagi dengan memetik beberapa kisah daripada sirah Nabawiyah dan bagaimana seharusnya kisah itu difahami agar terus ‘hidup’ dalam suasana hari ini.

Memandangkan ruang yang terhad, saya mencadangkan pihak pembaca untuk menghantar email kepada saudara Syukri, di janjilaxamana@gmail.com untuk mendapatkan rakaman penuh ceramah tersebut.
Persembahan Multimedia 2 bertajuk Kau Istimewa ditayangkan sebagai kesimpulan kepada ceramah. Isi kandungan kuliah tersebut berkisar tentang beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sirah dengan diiringi nasyid dan sedutan filem The Messenger.

Acara diteruskan dengan penganjuran kuiz sirah bersama para peserta yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah serta makan tengah hari.

Semoga program ini tercapai objektifnya, untuk memutik rasa cinta pada Rasulullah saw yang membawa kepada penghayatan terhadap sunnah Nabi.

Disediakan oleh,
Muhammad Shah


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: