Bicara Minda dan Hati 5 (telah berlangsung)

14 04 2008


tarikh: 29 Mac 2008 (Sabtu)
tempat: BH216, Barbara Hanrahan Lecture Hall, UniSA City West

agenda:-

10.00 – 11.00 : Segalanya bermula dari ANDA (Speaker – Muhammad Shah)
11.00 – 11.15 : Rehat
11.15 – 12.15 : Peranan ke atas Junjungan (Speaker – Syafiq)
12.15 : Makan dan Bersurai

Ringkasan slot 1: Bermula dari ANDA

Slot pertama sebenarnya lebih menumpukan kepada motivasi kendiri dengan penekanan diberikan kepada konsep proaktif yang perlu ada dalam diri setiap individu. Pada permulaan slot yang pertama, Saudara Muhammad Shah telah mengambil peluang untuk mengimbau kembali topik-topik diskusi dalam BMH sebelum ini seperti kepentingan sikap sebagai faktor utama kecermelangan. Dan cara membentuk sikap adalah dengan membetulkan paradigma.

Topik-topik tersebut kemudian cuba dikaitkan dengan topik yang dibincangkan dalam BMH pada kali ini iaitu lebih menjurus kepada tabiat orang yang cemerlang, iaitu PROAKTIF. Pelbagai persoalan telah dibincangkan seperti apa itu proaktif, dan lawannya reaktif, kenapa perlu proaktif dan bagaimana mencapai proaktif.

Secara dasarnya, penyampai telah mendapatkan idea dan konsep utama pembentangannya daripada buku motivasi terkenal karangan Stephen Covey yang bertajuk ‘7 Habits of Highly Effective People’ dan anaknya, Sean Covey, ‘7 Habits of Highly Effective Teens’ serta kuliah Hasrizal Abd Jamil.

Ringkasan slot 2: Peranan Buat Junjungan

Pada awal pembentangan, penyampai, saudara Syafiq telah memberi penjelasan tentang konsep syahadah yang mewajibkan seseorang untuk mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw sebelum layak bergelar Muslim. Hal ini bermaksud seseorang yang hanya mengakui keesaan Allah swt semata-mata masih belum layak diperakukan sebagai Muslim.

Kemudian penyampai telah membawa para peserta menyelami perjuangan Rasulullah saw dan peranan Baginda saw dalam memartabatkan Islam dan umat Islam. Berdasarkan kepada peranan dan kecintaan terhadap umat yang ditonjolkan Baginda saw dalam sirah inilah semua Muslim harus memainkan peranan tertentu terhadap Rasulullah saw.

Setiap peranan seperti mengikuti Baginda saw dalam beribadat telah dibincangkan dengan menggunakan contoh-contoh semasa bagi memberi kemudahan kepada para peserta untuk memahami peranan-peranan tersebut.

Laporan disediakan oleh Mohd Azam Aziz dengan suntingan


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: